Isnin, 28 Februari 2011

Home » , , , » PENGHANTAR NOTIS (Jawatan Kosong)

PENGHANTAR NOTIS (Jawatan Kosong)

Bertanggungjawab menyerahkan saman kepada defendan dan mendapatkan tandatangan penerima, menyediakan pengendosan penyampaian, menyediakan afidavit penyerahan dan mempastikan saman yang ditandatangani sebagai penerimaan dan afidavit penyerahan difailkan di mahkamah.

 Jabatan            :     PELBAGAI JABATAN KERAJAAN NEGERI TERENGGANU
 Klasifikasi        :     PERKHIDMATAN PENTADBIRAN DAN SOKONGAN
 Kumpulan Perkhidmatan    :     SOKONGAN
 Taraf Jawatan         :     TETAP

SYARAT LANTIKAN :
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Am Pejabat adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Penghantar Notis Gred N3, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-
    (a)     (i)     berpelajaran di peringkat sekolah menengah rendah bantuan penuh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
        (ii)     Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu pada peringkat peperiksaan tersebut atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; DAN (Gaji permulaan ialah pada Gred N3 : P1 T2); atau
        (iii)     lulus Peperiksaan Khas;
    (b)         mempunyai lesen menunggang motosikal yang sah; dan
    (c)         berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
 
Untuk Memohon Klik Di sini

0 ulasan:

Catat Ulasan