Selasa, 26 April 2011

Home » , » Hasrat Hati Generasi Belia

Hasrat Hati Generasi Belia

Tinjauan Umum Mengenai Senarai Hasrat Hati, Harapan Dan Bebanan Hidup
Generasi Belia Kelompok Usia 21 Hingga 40 Tahun
Yang Mengharapkan Kerajaan Mengambil Sesuatu Tindakan  
 
Saudara/Saudari
Hari Belia Negara yang akan menghimpunkan sejuta warga belia akan disambut pada 27 hingga 29 Mei 2011 di Putrajaya. Sempena sambutan tersebut, Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM), Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, sedang menjalankan kajian bagi mendapatkan maklumbalas daripada Generasi Belia yang berusia 21 hingga 40 tahun
Kajian ini adalah berkaitan HASRAT, HARAPAN DAN PERMINTAAN WARGA BELIA agar kerajaan mengambil tindakan terhadap senarai tersebut bagi mengatasi bebanan hidup dan kebimbangan yang dilalui oleh generasi belia seperti saudara/i.
Saudara/i yang lahir pada tahun 1971 hingga 1990 dijemput untuk menyertai survei ini. Jawapan ikhlas anda akan dapat membantu IPPBM dalam mendapatkan gambaran mengenai perkara di atas. Anda juga boleh “forwardkan” borang survei ini kepada rakan-rakan yang berumur antara 21 hingga 40 tahun.
Sebagai tanda menghargai kerjasama anda, IPPBM akan memberi sagu hati berbentuk nilai tambah pra-bayar (top-up credit) bernilai RM5.00 kepada 4,000 orang pertama yang menjawab survei ini. Nombor kod "top-up" akan dikirimkan kepada anda yang menjawab dengan lengkap melalui email selepas pihak IPPBM menerima kesemua 4,000 borang soal selidik yang dijawab oleh responden. Sekali lagi diingatkan; hanya untuk 4,000 orang yang pertama sahaja.
Untuk menyertai survei ini sila klik url >> Tinjauan Umum Mengenai Hasrat Hati Generasi Belia
Sekian, terima kasih.

0 ulasan:

Catat Ulasan