Asalamulaikum,rasanya sudah lama saya tidak menulis dan mengeluarkan penulisan.Jadi kali ini dalam Laman Warisan Terengganu saya ingin membawa anda semua ke satu lokasi yang juga salah satu tempat yang menarik tetapi terpencil sedikit. Walaubagaimanapun lokasi ini amat selesa kerana di tepi sungai terengganu.
Pulau Duyung sudah tidak asing bagi rakyat terengganu tetapi tidak semua yang tahu terdapat tempat yang menarik di pulau ini. Di Gerai Pelbagai Foodcourt Pulau Duyong yang di bagunkan oleh Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) telah memberi satu lambaran baru di pulau berkenaan dengan terdapatnya gerai-gerai pelbagai dan gerai makanan yang menyajikan pelbagai jenis makanan termasuk Ikan Bakar, malah dengan terbinanya gerai-gerai ini secara tidak lansung menyedikan peluang perniagaan kepada penduduk setempat atau rakyat terengganu.Tempat ini juga amat sesuai untuk aktiviti riadah di waktu petang kerana behampiran dengan sungai terengganu dan jeti pendaratan bot-bot nelayan.
Gambar Rakan Penulis
Antara Gerai yang ada (Gerai Pelbagai)
Berlatar belangkangkan Keindahan Bandar Kuala Terengganu dan Pulau Warisan
Jeti pendaratan Bot Nelayan
Belatar Belangkan Pasar payang dan Bot Nelayan
Pemandagan Pararoma keindahan alam dan berhadapan dengan Pulau Warisan menambahkan lagi kecantikan pemadangan di sini...Tunggu apa lagi jom singgah.....
0 ulasan:
Catat Ulasan