Perniagaan Dan Keusahawanan tidak akan lari dari aktiviti menghasilkan produk atau perkhidmatan untuk di lakukan dan di pasarkan. Dalam Menceburi bidang ini kita harus mengetahui apa yang paling utama yang harus kita ada. Di sini Laksamana ini katakan Kewangan atau Modal memainkan peranan utama,ini kerana jika tidak ada modal, sudah tentu apa yang ingin di jalankan tidak dapat di laksanakan. Aspek kewangan juga akan menentukan hidup atau mati seseorang itu untuk terus hidup,begitu juga dalam bidang Perniagaan. Jika Kewangan sesebuah perniagaan itu tidak terurus sudah tentu perniagaan ini akan mengalami kemerosakan dan akan mati.
Kewangan atau modal dalam memulakan perniagaan sumber modal amat perlu dan asas dalam memulakan perniagaan. Walaupun begitu aspek pengalaman,ilmu dan Fizikal juga amat penting. Dalam penulisan ini saya akan lebih membicarakan mengenai Sumber modal atau sumber kewangan. Sumber kewangan bagi seseorang peniaga atau usahawan terbahagi kepada 2 sumber iaitu sumber dalaman dan sumber luaran. Bagi sumber dalaman adalah dari duit tabungan atau simpanan usahawa itu sendiri,Ahli keluarga, sahabat dan kawan. Manakala sumber kedua iaitu luaran ialah dari penyedia sektor kewanga seperti Bank,MARA,Tekun Nasional, dan lain -lain lagi.
Dalam menyediakan Sumber kewangan sudah tentu sumber dalaman harus di guna dahulu untuk kita memulakan perniagaan ini kerana adaalah langkah kita dalam membuat pinjaman kepada sumber luaran tadi. Jika kita sudah memulakan perniagaan dan sudah berjalan, sudah tentu banyak kekurangan yang kita dapat rasai. Unuk langkah seterusnya barulah kita membuat pinjaman dari sumber luar seperti MARA Dan Tekun Nasional.untuk mengetahui lebih lanjut cara pinjaman dan jumlah pinjaman sila lah ke tenpat berkenaan. Bagi Membuat pinjaman Di Mara syarat utama adalah harus menjalankan perniagaan sekurang-kurangnya 6 bulan,dan mempunnyai Rancangan Perniagaan atau Kertas kerja. Manakala di Tekun pula ialah perniagaan sudah berjalan dan bagi perniagaaan baru memulakan perniagaan hanya maksimun RM5000 sahaja di peruntukan.
0 ulasan:
Catat Ulasan