Khamis, 7 April 2011

Watimang Landok ~ Lagu Tradisional Terengganu

Watimang watimang landok
landok sesama landok
turun ke pantai lah dek nandung membeli beras
kalau hendok sesama hendok
watimang watimang landok
gajoh berantai lah dek nandung
lagikan terlepas..

nyor manih pelepoh lembut
watimang watimang landok
habis dimakang lah dek nandung
si gajah gila
mulut manis hati pong lembut
watimang watimang landok
bagaimanalah dek nandung
hati dok giler

Ulik Badang ~ Lagu Tradisional Terengganu

Ulik ulik badang
Mari ulik dalam bendang
Sama-sama mengulik
Mari ulik dalam bendang

Ulik ulik badang
Mari ulik kawan-kawan
Sama-sama mengulik
Lepaskan lengoh di badan
Pabila masak padi dituai
Mari menuai beramai-ramai

Ulik ulik badang
Badang buluh buluh berang
Sama-sama mengighek
Ighek padi tengah bendang

Ulik ulik badang
Tengah bendang ujung matang
Sama-sama mengighek
Ighek sama adik abang
Pabila masak padi di tuai
Mari menuai beramai-ramai

Ulik ulik badang
Mari ulik dalam bendang
Sama-sama mengulik
Mari ulik dalam bendang

Ulik ulik badang
Mari ulik kawan-kawan
Sama-sama mengulik
Lepaskan lengoh di badan
Pabila masak padi dituai
Mari menuai beramai-ramai

Ahad, 3 April 2011

Ulik Mayang ~ Lagu Tradisional Terengganu

Ulek mayang ku ulek
Ulek dengan jala jemala
Ulek mayang diulek
Ulek dengan tuannya puteri
Ulek mayang diulek
Ulek dengan jala jemala
Ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya dua

Puteri dua berbaju serong
Puteri dua bersanggol sendeng
Puteri dua bersubang gading
Puteri dua berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya empat

Anok Udang ~ Lagu Tradisional Terengganu

Anok udang udanglah udangya
Silang ini lah ketika tika ini
Anok udang menyusurlah turunlah
Anok teruna turunlah turun setana

Sama juang di anjung dondang sini
Anok udang udanglah udangya
Beduang serulah nok udang
Belukar semok
Dekat situlah nok udang
Belukor semok

Rabu, 16 Mac 2011

PROGRAM PENEMPATAN PEKERJAAN (3P) 2011

Terengganu  
26-27 Mac 2011
Terengganu Trade Centre, Kuala Terengganu
23 April 2011
Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu,Kuala Berang
6 Ogos 2011
Dewan Sivik, Bukit Payong, Marang

Setiu
19 Feb 2011
Ruang Legar, Bangunan Persekutuan, Kg Raja Besut
30 Julai 2011
Medan Niaga, Majlis Daerah Besut, Jerteh

Dungun
11 Jun 2011
Dewan Majlis Perbandaran, Dungun
19-Nov-11
Dewan Merdeka, (Dungun Walk) Majlis Perbandaran, Dungun

Kemaman
21 Mei 2011
Dewan Belian, Kemaman
15 Okt 2011
Ruang legar, Bangunan Persekutuan, Kemaman

Isnin, 28 Februari 2011

PENGHANTAR NOTIS (Jawatan Kosong)

Bertanggungjawab menyerahkan saman kepada defendan dan mendapatkan tandatangan penerima, menyediakan pengendosan penyampaian, menyediakan afidavit penyerahan dan mempastikan saman yang ditandatangani sebagai penerimaan dan afidavit penyerahan difailkan di mahkamah.

 Jabatan            :     PELBAGAI JABATAN KERAJAAN NEGERI TERENGGANU
 Klasifikasi        :     PERKHIDMATAN PENTADBIRAN DAN SOKONGAN
 Kumpulan Perkhidmatan    :     SOKONGAN
 Taraf Jawatan         :     TETAP

SYARIKAT AIR TERENGGANU SDN. BHD (Jawatan Kosong)

Kami merupakan satu-satunya Syarikat yang diberi lesen membekalkan air bersih kepada semua pelanggan domestik dan industri di Negeri Terengganu Darul Iman.  Dalam usaha memantapkan lagi pengurusan organisasi, Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd. mempelawa pemohon-pemohon daripada WARGANEGARA MALAYSIA RAKYAT NEGERI TERENGGANU yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut :

1-Pegawai Teknikal
2-Penolong Pegawai, Agihan (Jurugegas)
3-Penolong Pegawai, Pengeluaran (Operator Loji)
4-Pen. Pegawai, Khidmat Pelanggan (Pembaca Meter Air)

Muat Turun Iklan Jawatan Kosong
Muat Turun Borong Pemohonan

TARIKH TUTUP PERMOHONAN :   10 MAC 2011

1 MALAYSIA TERENGGANU AUTO PROMO FAIR 2011

Tarikh : 3- 11 Mac 2011
Tempat : Dataran Shahbandar ,Kuala Terengganu.

Aktiviti:
-          Pameran Jabatan Keselamatan Jalanraya
-          Pertunjukkan Seni Semburan Kereta
-          Pertunjukan Motosikal Berkuasa Tinggi
-          Pertandingan Kereta Tercantik
-          Pertandingan Audio Terhebat
-          Pertandingan Motor Antik
-          Perlumbaan Kereta Kawal.
-          Pameran/ Jualan Alat Ganti Kenderaan
-          Kuiz Harian
-          Pertandingan Mewarna
-          Persembahan Pentas/ Acara Sukaneka
-          Inflatable Games
-          Dan Pelbagai Aktiviti Menarik

Khamis, 6 Januari 2011

Pembangunan Semula Pasar Cabang Tiga

Asalamulaikum...Ronda2 Laksamana nak kongsi satu lagi pembangunan yang sedang di jalankan di terengganu iaitu Pembangunan Semula Pasar Cabang Tiga. Ronda2 Laksamana andaikan tidak ramai yang tahu mengenai pembangunan pasar cabang tiga ini. Lokasi baru pasar ini tidak jauh dari pasar asal dalam 500 meter tapak baru iaitu hanya di belakang pasar asal dan di atas sungai atau lonkang besar. Lokasi ini juga berdekatan dengan industri keropok di Losong. untuk butiran lengkap tengok di bawah..ya..

Gambaran Bila siap nanti

Selasa, 4 Januari 2011

Blogger Rakan Laksamana

Asalamulaikum, Sejak akhir-akhir ini lahir banyak Blogger-blogger baru dari pelbagai lokasi dan tujuan yang tersendiri. Ada di kalangan blogger yang muncul untuk menulis di diari elektronik ini dari pelbagai aspek,ada yang menjadi blogger kerana untuk suka-suka,kerana minat dan ada di kalangan mereka ini adalah untuk membuat atau mendatangkan pendapatan. Walau apa sahaja alasan anda motif utama dlm dunia blogger adalah menyampaikan dan berkongsi idea, pengalaman dan sebagainya.