Asalamulaikum,sudah lama rasanya Laksamana tidak menghasilkan penulisan,kali ini Laksamana nak cerita sedikit mengenai "Klik Fraud Iklan Nuffnang" apa itu Fraud. Berikut antara maksud Fraud yang sentiasa di lakukan oleh sesetengah orang:
- Klik pada unit iklan milik blogger lain dan meninggalkan komen di blognya bagi meminta blogger tersebut untuk klik pada unit iklan milik sendiri.
- Mendaftar sejumlah besar blog dan klik pada iklan dalam setiap satu.
- Menukar alamat IP komputer dan klik pada unit iklan secara berulang-ulang.
Laksamana nak nasihatkan kepada mereka yang melakukan perbuatan "Klik Fraud Iklan Nuffnang" berhentilah melakukan sedemikian sebelum terlambat atau kata peribahasa "Nasi sudah menjadi Bubur" dah tak dapat nak buat apa da.Perbuatan "Klik Fraud Iklan Nuffnang" bagi Laksamana adalah perbuatan yang tidak bertangjawab kerana perbuatan ini bukan sahaja memberi impak kepada Pen Fraud berkenaan malah akan melibatkan semua penulis-penulis blogs. kerana "Klik Fraud Iklan Nuffnang" ini akan memberi tangapan dari pengiklan yang negatif.Cuba anda bayangkan anda seorang peniaga atau usahawan mengeluarkan banyak kos untuk manghasilkan iklan dan memasarkan dengan mengunakan penyedia iklan dengan kos yang amat tinggi tetapi tidak menghasilkan pendapatan,adakah anda hendak teruskan dengan cara pengiklanan untuk memasarkan produk,sudah tentu tidakkan. Satu lagi keadaan laksamana beri.anda seorang peniaga menyewa sebuah kedai di sesebuah tempat dan sewa yang di kenakan amat tinggi contoh RM500 sebulan tetapi hasil atau keuntungan sebulan anda hanya dalam linkungan Rm100 sehingga RM300. sudah tentu untuk bulan pertama sehingga bulan ketiga anda mampu menangung kerugian jika keadaan ini berlarutan adakah anda akan teruskan menyewa di tempat berkenaa!!!.
Jika kita adaptasikan penyataan di atas dengan pengiklan di Nuffnang sudah tentu pengiklan akan mencari penyedian iklan lain atau menhentikan ruang iklan berkenaan,jika Pengiklan kurang maka kurang lah Iklan yang akan keluar di blogs-blogs anda, secara nyatanya kuranglah hasil anda dari Nuffnang.
Berikut Email yang Laksamana dapat pagi tadi mengenai "Klik Fraud Iklan Nuffnang"ni dari nuffnang..jom baca email berkenaan::
A Nuffnang Community Announcement
Seperti yang anda mungkin sedia maklum, terdapat 2 jenis kempen iklan yang diberikan oleh Nuffnang iaitu Metered (mCPM) Campaign yang dibayar berdasarkan jumlah pengunjung yang melihat iklan dan Cost-Per-Click (CPC) Campaign yang dibayar berdasarkan jumlah klik terkumpul dari iklan yang disiarkan.
Kami menyedari bahawa terdapat sebilangan ahli yang terlibat dengan aktiviti click fraud, iaitu perbuatan klik pada iklan CPC dengan sengaja demi menjana pendapatan pemilik unit iklan tersebut.
Aktiviti click fraud melanggari terma & syarat kami di bawah seksyen 6.
Suatu unit iklan itu sepatutnya diklik oleh pengunjung yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen iklan yang dipapar, dan bukan semata-mata bertujuan untuk menjanakan pendapatan. Sekiranya situasi ini bertambah buruk, kadar penyiaran kempen iklan akan turut berkurangan oleh kerana pihak kami hanya dapat menjual ruangan iklan di dalam blog yang tidak mempunyai rekod aktiviti click fraud.
Sistem kami mampu untuk menjejak serta merekodkan aktiviti click fraud dan sekiranya perlu, rekod-rekod yang terkumpul boleh digunakan sebagai bahan bukti bagi tujuan kehakiman. Sebelum ini, pihak Nuffnang telah pun menggantung dan menyenarai hitam pelbagai individu dan kumpulan yang terlibat dalam aktiviti click fraud. Namun, disebabkan bilangan ahli di dalam komuniti yang melakukan click fraud semakin bertambah ke suatu tahap yang membimbangkan, kami dipaksa untuk lebih berwaspada dan tegas dalam mengambil tindakan. Ini bagi memastikan ahli komuniti yang lain tidak berasa tertindas dalam jangka masa panjang.
Di antara perbuatan click fraud yang umum ialah:
- klik pada unit iklan milik blogger lain dan meninggalkan komen di blognya bagi meminta blogger tersebut untuk klik pada unit iklan milik sendiri.
- mendaftar sejumlah besar blog dan klik pada iklan dalam setiap satu.
- menukar alamat IP komputer dan klik pada unit iklan secara berulang-ulang .
Tindakan akan diambil sekiranya perbuatan di atas dapat dikesan oleh pihak kami.
Sekiranya anda mengetahui mana-mana rakan anda atau pihak lain yang terlibat dengan aktiviti ini, kami amat menghargai usaha anda menasihati mereka untuk tidak berbuat demikian. Mana-mana ahli yang dikesan melakukan aktiviti click fraud akan diambil tindakan tegas oleh pihak kami, sama ada melalui penggantungan atau penutupan akaun miliknya.
Terima kasih atas perhatian anda.
Sekian,
Robb Chew
Jabatan Perhubungan Blogger
Nuffnang Sdn Bhd

P/s: Adakah anda nak lakukan lagi Klik Fraud Iklan Nuffnang !!!! Katakan TIdak Pada Fraud.Laksamana Nasihat kepada Blogger di luar sana dan Laksamana sendiri jangan Lakukan Klik Fraud Iklan Nuffnang ni Jika anda ingin mengetahui iklan yang di keluarkan atau tertarik dengan produk yang di iklan baru lah klik,jangan jadikan klik iklan sebagai suka-suka,nanti Nuffnang Pun lagi Suka BLOK atau hapus akaun anda.wakakaka.sekian sahaja coretan kali ini..bye2
0 ulasan:
Catat Ulasan