Asalamulaikum..syukur alhandulilah berjaya sudah program yang Laksamana dengan kekawan rencanakan iaitu Majlis Berbuka puasa siri II, Sebenarnya majlis berbuka puasa ni laksamana telah buat sebelum ini tetapi atas permintaan kawan yang kerja dari luar,terpaksalah di buat semula majlis ini.Untuk Majlis Berbuka Puasa siri II 2010 ini merupakan kali pertama kami jalankan untuk kekawan satu sekolah menengah dahulu. Untuk
siri kedua ini telah di sertai seramai 15 orang,walaupun masih ramai yang tidak dapat hadir kerana komitmen lain majlis ini tetap meriah di jalankan. Majlis makan ini kami buat ala BBQ, dan majlis ini telah diadakan pada 7 september 2010 bertempat di Taman Reaksi Masjid Terapung,Kuala Ibai,kuala terengganu.Besebelah tasik dan belakang masjid terapung.
Berlatar belakangkan Masjid Terapung
Laksamana tengah Panggang Ayam..nyam..nyam sedap.kekekek.
Menjamu Selera Dalam Kegelapan
P/s: Walaupun Kawasan dan tempat ini indah.tetapi bagi Laksamana ia amat mendukacitakan kerana,kawasan persekitaran Taman ini tidak terurus dengan baik, dengan rumput dan semak samum, dan kemudahan asas yang tidak di jaga dan lampu yang tidak menyala.Keadaan persekitaran yang tidak di kawal dan di jaga boleh mengudang banyak kegiatan yang tidak bermoral berlaku. Diharap pihak yang berwajib dapat memantau keadaan ini dari terus berlaku dan memberi kesan yang negatif.
0 ulasan:
Catat Ulasan