Isnin, 28 Februari 2011

PENGHANTAR NOTIS (Jawatan Kosong)

Bertanggungjawab menyerahkan saman kepada defendan dan mendapatkan tandatangan penerima, menyediakan pengendosan penyampaian, menyediakan afidavit penyerahan dan mempastikan saman yang ditandatangani sebagai penerimaan dan afidavit penyerahan difailkan di mahkamah.

 Jabatan            :     PELBAGAI JABATAN KERAJAAN NEGERI TERENGGANU
 Klasifikasi        :     PERKHIDMATAN PENTADBIRAN DAN SOKONGAN
 Kumpulan Perkhidmatan    :     SOKONGAN
 Taraf Jawatan         :     TETAP

SYARIKAT AIR TERENGGANU SDN. BHD (Jawatan Kosong)

Kami merupakan satu-satunya Syarikat yang diberi lesen membekalkan air bersih kepada semua pelanggan domestik dan industri di Negeri Terengganu Darul Iman.  Dalam usaha memantapkan lagi pengurusan organisasi, Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd. mempelawa pemohon-pemohon daripada WARGANEGARA MALAYSIA RAKYAT NEGERI TERENGGANU yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut :

1-Pegawai Teknikal
2-Penolong Pegawai, Agihan (Jurugegas)
3-Penolong Pegawai, Pengeluaran (Operator Loji)
4-Pen. Pegawai, Khidmat Pelanggan (Pembaca Meter Air)

Muat Turun Iklan Jawatan Kosong
Muat Turun Borong Pemohonan

TARIKH TUTUP PERMOHONAN :   10 MAC 2011

1 MALAYSIA TERENGGANU AUTO PROMO FAIR 2011

Tarikh : 3- 11 Mac 2011
Tempat : Dataran Shahbandar ,Kuala Terengganu.

Aktiviti:
-          Pameran Jabatan Keselamatan Jalanraya
-          Pertunjukkan Seni Semburan Kereta
-          Pertunjukan Motosikal Berkuasa Tinggi
-          Pertandingan Kereta Tercantik
-          Pertandingan Audio Terhebat
-          Pertandingan Motor Antik
-          Perlumbaan Kereta Kawal.
-          Pameran/ Jualan Alat Ganti Kenderaan
-          Kuiz Harian
-          Pertandingan Mewarna
-          Persembahan Pentas/ Acara Sukaneka
-          Inflatable Games
-          Dan Pelbagai Aktiviti Menarik

Khamis, 6 Januari 2011

Pembangunan Semula Pasar Cabang Tiga

Asalamulaikum...Ronda2 Laksamana nak kongsi satu lagi pembangunan yang sedang di jalankan di terengganu iaitu Pembangunan Semula Pasar Cabang Tiga. Ronda2 Laksamana andaikan tidak ramai yang tahu mengenai pembangunan pasar cabang tiga ini. Lokasi baru pasar ini tidak jauh dari pasar asal dalam 500 meter tapak baru iaitu hanya di belakang pasar asal dan di atas sungai atau lonkang besar. Lokasi ini juga berdekatan dengan industri keropok di Losong. untuk butiran lengkap tengok di bawah..ya..

Gambaran Bila siap nanti

Selasa, 4 Januari 2011

Blogger Rakan Laksamana

Asalamulaikum, Sejak akhir-akhir ini lahir banyak Blogger-blogger baru dari pelbagai lokasi dan tujuan yang tersendiri. Ada di kalangan blogger yang muncul untuk menulis di diari elektronik ini dari pelbagai aspek,ada yang menjadi blogger kerana untuk suka-suka,kerana minat dan ada di kalangan mereka ini adalah untuk membuat atau mendatangkan pendapatan. Walau apa sahaja alasan anda motif utama dlm dunia blogger adalah menyampaikan dan berkongsi idea, pengalaman dan sebagainya.

Sabtu, 25 Disember 2010

Tranformasi Keceriaan

Tranformasi Keceriaan itu lah yang akan cuba di tonjolkan dalam laman ini dengan menukar Banner kepada warna yang memikat iaitu merah...Biru

DULU

KINI

Dalam Proses tranformasi ini akan lebih banyak perubahan demi perubahan yang akan di rancang dalam menarik lebih banyak trafik dengan mengekalkan mesra trafik..sekkian sahaja tranformasi kali ini..mau komen..komen la ya..tak kena bayar pun..kikikiki

Jumaat, 24 Disember 2010

Pulau Warisan Mengamit Keindahan Pemandangan

Satu lagi lokasi perlancongan yang harus di lawati iaitu Pulau Warisan. Pulau Warisan merupakan pulau buatan yang di bangunkan oleh kerajaan untuk di jadikan sebagai tempat riadah dan perlancongan . Pulau Warisan ini di bangunkan di tepi Sungai terengganu dan di pinggir Bandar kuala Terengganu, malah ia juga di sebelah tempat beli belah yang popular Iaitu Pasar Payang.

 Persekitaran Pulau Warisan

Khamis, 23 Disember 2010

Trafik Silat Laksamana Jatuh Menjunan

Setelah lama menyepi dan kadang-kadang mengepos entri di teratak ini,terpaksalah menerima apa yang telah kita lakukan,walaubagaimanapun akan terdapat beberapa perubahan yang akan dilakukan untuk meningkatkan semula trafik ke teratak ini...Mahu lihat trafik di teratak ini....lihat di bawah:::


Anda dah tengok teruk kan...ada satu minggu tu hanya 11 pelawat sahaja...yang singah..kikiki...Trafik memainkan peranan yang penting bagi sesebuah laman media baru seperti Blogs,,tanpa trafik dan peminat..laman itu di ertikan sebagai  laman mati dan lebih teruk dari sampah...sampah walaupun di lihat sebgai tidak berguna..jangan kita silap.. sampah sekarang boleh mendatangkan duit..tau....(kitar semula).Apa yang akan di ubah  di teratak ini sentiasalah ikuti perkembanga nya...

Gerai Pelbagai Foodcourt Pulau Duyong

Asalamulaikum,rasanya sudah lama saya tidak menulis dan mengeluarkan penulisan.Jadi kali ini dalam Laman Warisan Terengganu saya ingin membawa anda semua ke satu lokasi yang juga salah satu tempat yang menarik tetapi terpencil sedikit. Walaubagaimanapun lokasi ini amat selesa kerana di tepi sungai terengganu. 

Ahad, 5 Disember 2010

Perniagaan Dan Keusahawanan

 Perniagaan Dan Keusahawanan  tidak akan lari dari aktiviti menghasilkan produk atau perkhidmatan untuk di lakukan dan di pasarkan. Dalam Menceburi bidang ini kita harus mengetahui apa yang paling utama yang harus kita ada. Di sini Laksamana ini katakan Kewangan atau Modal memainkan peranan utama,ini kerana jika tidak ada modal, sudah tentu apa yang ingin di jalankan tidak dapat di laksanakan. Aspek kewangan juga akan menentukan hidup atau mati seseorang itu untuk terus hidup,begitu juga dalam bidang Perniagaan. Jika Kewangan sesebuah perniagaan  itu tidak terurus sudah tentu perniagaan ini akan mengalami kemerosakan dan akan mati.