Sabtu, 28 Ogos 2010

Home » , , , » 1 Malaysia Menjana Transformasi

1 Malaysia Menjana Transformasi

Asalamulaikum...Hanya tinggal beberapa hari lagi kita akan menyambut satu perayaan yang di hadiri berbilang bangsa,budaya dan agama iaitu perayaan menyambut Hari Kebangsaan kali ke 53. Tema bagi perayaan Hari Kebangsaan pada tahun ini ialah 1 Malaysia Menjana Transformasi . Acara perbarisan pada tahun ini akan di adakan bertempat  Di Stadium Putra,Bukit Jalil,kuala Lumpur Pada jam 7.00 Pagi Hingga 9.30 Pagi. Manakala Perayaan Hari Malaysia ialah pada 16 September 2010 bertempat Padang Merdeka, Kota Kinabalu,sabah yang bermula pada Jam 9.00 pagi hingga 10.30 Tengah Hari.

Untuk Mengetahui aktiviti yang di adakan semperna bulan kemerdekaan  anda boleh Klik Di Sini. Dan untuk muat turun lagu dan Lirik lagu Klik di sini

 Keterangan logo 1 Malaysia
Melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.

Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa. 

LAGU 1MALAYSIA
Berdiri teguh di bumi nyata

Untuk Semangat Satu Malaysia
Sepakat Rakyat Didahulukan

Pencapaian Diutamakan

Perpaduan Merapat-rapat
Toleransi kaum amalan bersama
Kejayaan kita bangunkan Satu Malaysia

Dalam capai satu tujuan
Tanggungjawab kita semua
Jadi teras bangsa mulia
Kita bina Satu Malaysia

Korus

Satu Malaysia jadi pegangan
Rukun negara teras panduan

Satu Malaysia benteng negara
Rakyat Malaysia taat setia

Ulang Korus 2x
Satu Malaysia untuk semua

Pencipta Lagu : Nik Nizam
Penulis Lirik : Lokgha

0 ulasan:

Catat Ulasan