Isnin, 23 Ogos 2010

Home » , , » Mercun Membawa Padah

Mercun Membawa Padah

ASalamulaikum ....Topik kali ini ialah bila datang jer bulan puasa dan hari raya sudah sinonim dengan kemantian dan kecederaan samaada kemalangan dan  paling panas lagi kerana Mercun atau bunga api..Sepatunya di bulan-bulan begini kita berasa bahagian Di bulan mulia ini tetapi kesedihan kepiluan yang hadir...Berbalik kepada tajuk Topik kita "Mercun Membawa Padah" pelbagai langkah telah diambil oleh kerajaan tetapi semakin berleluasa kemasukan bunga api ke negara kita tercinta ini, terbaru kejadian kerana bahana mercum di terengganu yang telah merangut nyawa..dan menjadi topik di beberapa surat khabar pada hari ini seperti, Berita Harian,Metro,Utusan dan Kosmo

.Kita baca tajuk dari surat khabar Berita Harian  ini...


ANGGOTA bomba memeriksa kesan letupan sekitar rumah singgah yang dipercayai menjadi tempat menyimpan mercun dan bunga api di Kampung Seberang Baruh, Chabang Tiga, Kuala Terengganu, tengah hari tadi. Dalam kejadian itu, seorang kanak-kanak berusia enam tahun maut apabila tercampak ke pokok berhampiran manakala dua lagi lelaki parah. - Foto Rozainah Zakaria
Aug 22, 2010 4:01 pm


Budak terpelanting 15 meter atas pokok selepas rumah jadi stor mercun meletup

KUALA TERENGGANU: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun maut dengan mayatnya tersangkut di atas pokok setinggi 15 meter selepas terpelanting apabila sebuah rumah tinggal yang dipercayai dijadikan stor simpanan bunga api dan mercun meletup di Kampung Seberang Baroh, Chabang Tiga di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari, dua lelaki berusia 22 dan 23 tahun pula cedera parah dipercayai tercampak ke tanah di bahagian depan rumah berkenaan yang roboh akibat letupan kuat yang dikatakan boleh didengar sehingga sejauh empat kilometer. Seorang saksi, Norshafri Azhar, 36, berkata kanak-kanak itu, Khairul Arif Ayub, ditemui tersangkut di atas pokok, kira-kira lima meter dari belakang rumah berkenaan dengan kepalanya hancur.

"Ketika sampai di tempat kejadian, saya tergamam melihat dua lelaki dalam keadaan berlumuran darah di bawah timbunan kayu dan batu. Seorang daripada mereka yang masih mampu bercakap dalam nada lemah menyuruh saya mencari seorang kanak-kanak lelaki, tetapi saya gagal menemuinya setelah kira-kira 10 minit mencari di bawah timbunan batu dan kayu.

"Ketika itu penduduk kampung sudah memenuhi kawasan kejadian dan saya terkedu melihat tubuh kanak-kanak lelaki tersangkut di atas pokok di belakang rumah ini dengan kepalanya hancur dan otak terburai sebelum mayatnya diturunkan penduduk kampung," katanya yang menjadi saksi pertama tiba di tempat kejadian.

Norshafri yang bekerja sebagai penjaja dan tinggal kira-kira 20 meter dari tempat kejadian itu, berkata ketika letupan berlaku dia sedang berehat di rumah sambil menonton berita di televisyen.
Saya terus bergegas ke tempat kejadian sebaik mendengar bunyi letupan kuat. Saya lihat, dua lelaki cedera parah di kaki dan muka, malah bahagian kaki kelihatan seperti hancur dan berlumuran darah.

Seorang daripada mereka masih mampu bercakap, manakala seorang lagi seperti sudah tidak sedar. Seorang daripada mangsa adalah anak pemilik rumah tinggal ini, yang kini menetap di Bukit Payung dan hanya pulang sekali sekali ke rumah ini bersama ibunya," katanya.

Norshafri berkata, dua lelaki terbabit adalah rakan bapa kanak-kanak itu, Ayub Abd Rahman, 28, dan Khairul Arif juga rapat dengan mereka serta sering dilihat mengikut lelaki berkenaan.

Selain memusnahkan bahagian depan rumah berkenaan termasuk tangga batu dan sebuah motosikal, letupan itu turut merosakkan rumah jiran yang terletak kira-kira 20 meter dari tempat kejadian. Antaranya, cermin tingkap bahagian dapur dan bilik belakang pecah, lantai jubin retak dan atap bahagian dapur pecah. Bagaimanapun, ketika kejadian rumah itu tiada penghuni.

Hasnah A Jalil, 54, yang rumahnya turut rosak akibat letupan kuat itu berkata, ketika kejadian dia tiada di rumah kerana menghantar anak saudaranya ke sekolah berhampiran dan bergegas pulang ke rumah selepas terdengar bunyi letupan kuat serta dimaklumkan adiknya yang ternampak kepulan asap daripada arah belakang rumahnya.

"Rumah yang meletup ini sudah lama tinggal. Selepas bapanya meninggal dunia, baru-baru ini, ibunya berpindah ke tempat lain, tetapi anak lelakinya (yang juga salah seorang mangsa) sering balik ke sini. Dia memang berkawan dengan bapa Khairul Arif dan kanak-kanak itu kelihatan sangat rapat dengannya. Ketika kejadian, bapa Khairul Arif tiada di situ," katanya.

Seorang lagi penduduk, Wan Mayuni Wan Daud, 34, berkata dia yang ketika itu sedang berniaga di Pasar Chabang Tiga pada mulanya menyangka berlaku tsunami selepas terdengar bunyi letupan kuat dan gegaran dahsyat seperti bangunan dibom.

Video Selepas Kejadian

Polis minta bapa tuntut mayat Khairul
2010/08/23 .....13:53:23 PM
KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu meminta Ayub Abd Rahman, 29, bapa kanak-kanak yang terbunuh dalam letupan mercun di Kampung Seberang Baroh, Chabang Tiga, semalam, segera menuntut jenazah anaknya untuk urusan pengebumian.
Ketua Polis Negeri, Datuk Mohd Shukri Dahlan, berkata mayat mangsa, Khairul Arif, 6, masih berada di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, sejak semalam.
Beliau berkata, mengikut peraturan, mayat Khairul hanya boleh dituntut oleh terdekat saja dan mereka yang boleh membuktikan mempunyai hubungan persaudaraan.
"Sehingga kini belum ada lagi ahli keluaga mangsa datang menuntut jenazah Khairul Arif di HSNZ," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
</div>

Bapa Khairul serah diri di tempat letupan
2010/08/23-------14:35:52 PM
KUALA TERENGGANU: Bapa kanak-kanak yang terbunuh dalam letupan rumah menyimpan mercun di Kampung Seberang Baroh, Chabang Tiga, semalam, menyerah diri kepada polis hari ini.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Zamri Samsudin, berkata Ayub Abd Rahman, 29, menyerah diri pada jam 12.55 tengah hari tadi di tempat kejadian di mana anaknya, Khairul Arif, 6, terbunuh.
Katanya, polis menahan beliau di lokap Ibu Pejabat Polis Kuala Terengganu untuk siasatan lanjut.
Ayub dipercayai menyimpan mercun dan bunga api di sebuah rumah sebelum kejadian letupan itu tengah hari semalam.

Jenazah Khairul Arif selamat dikebumi
2010/08/23....... 18:56:19 PM
KUALA TERENGGANU: Jenazah kanak-kanak malang Khairul Arif Ayub, 6, yang menjadi mangsa letupan mercun di sebuah rumah tinggal di Kampung Makam Lama, Chabang Tiga semalam, selamat dikebumikan di sini selepas Asar tadi.

Diiringi ibunya, Kamariah Sufian, 25, jenazah Khairul dibawa dari bilik mayat Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) sebelum dikebumikan jam 4.35 petang tadi di Tanah Perkuburan Islam Makam Lama, Chabang Tiga, dengan dihadiri lebih 100 orang kaum keluarga, orang ramai serta anggota polis.

Turut kelihatan berada di tanah perkuburan itu adalah ayah mangsa, Ayub Abdul Rahman, 28, yang sejak dari awal berada di tanah perkuburan tersebut untuk menggali sendiri liang lahad anak tunggalnya itu.
Suasana hiba menyelebungi tanah perkuburan sebaik jenazah dibawa keluar dari kenderaaan jenazah HSNZ apabila ibu mangsa hampir pitam beberapa kali sehingga terpaksa dipapah dan ditenteramkan oleh suami dan saudara maranya.

Kamariah yang memakai baju labuh berwarna kemerahan dan berseluar jeans kelihatan lemah longlai dan tidak henti-henti menangis sehingga terpaksa dipujuk oleh anggota keluarga.

Keadaan itu turut menyebabkan orang ramai dan saudara mara yang hadir pada pengkebumian jenazah murid Taman Didikan Kanak-kanak (Tadika) Kampung Losong Atap Zin itu sedih dan mengalirkan air mata.

Sebaik sahaja selesai pengkebumian, polis kelihatan mengiringi Ayub ke kenderaan polis untuk dibawa ke Balai Polis Daerah Kuala Terengganu bagi membantu siasatan berhubung kes itu.
Sementara itu, datuk mangsa, Abdul Rahman Long, 60-an, berkata beliau begitu terkejut apabila dimaklumkan seorang anaknya yang cucunya itu meninggal dunia di atas pokok.

"Semasa itu saya baru balik dari kedai apabila dimaklumkan tentang kejadian yang menimpa Arif. Saya bergegas ke tempat berkenaan dan tergamam apabila melihat dia benar-benar tersangkut di atas pokok.

"Saya cuba menurunkan mayatnya dengan memanjat sendiri pokok itu tetapi saya tidak larat dan hanya mampu naik separuh jalan sahaja," katanya ketika ditemui di rumahnya di Seberang Baruh di sini.

Katanya, dua anaknya kemudian menyambung usaha untuk menurunkan mayat Khairul Arif dan beliau menyambutnya dari bawah dengan perasaan sedih dan hiba apabila melihat kecederaan parah yang dialami oleh cucunya itu terutama di bahagian kepala.

Beliau juga tidak menyangka kata-kata Khairul Arif bahawa dia ingin mati meninggalkan ibu dan ayahnya semasa menziarahi seorang anggota keluarganya yang meninggal dunia di Hulu Terengganu pada hari ketiga puasa menjadi kenyataan.

"Dia beria-ia nak mengikut saya menziarah seorang waris meninggal. Ketika menyediakan juadah untuk kenduri tahlil, Arif ada memberitahu saya sedapnya kuih untuk orang mati, kalau macam ni Arif pun nak mati juga, tinggallah ma dan papa dua orang," katanya.

Beliau menyifatkan Khairul Arif seorang cucu yang manja, periang dan cepat mesra dengan orang. - BERNAMA

Manakala Harian Metro Online dengan tajuk-tajuk berikut:
Utusan Malaysia Online dengan artikel :
Kosmo Online dengan Artikel:


p/s: Takziah untuk keluarga mangsa dan  marilah kita sedekah al-fatihah kepada mangsa agar di cucuri rahmat...

0 ulasan:

Catat Ulasan