Ahad, 29 Ogos 2010

Home » , , , , , » Pemimpin Palestin mahu Tun Dr .Mahathir Mohamad Jadi Orang Tengah

Pemimpin Palestin mahu Tun Dr .Mahathir Mohamad Jadi Orang Tengah

Asalamulaikum..Kepimpinan Tun Dr .Mahathir Mohamad  walaupun sudah bersara dari arena politik tetapi beliau masih di hormati seantero dunia. Dalam surat khabar Berita harian dengan Tajuk Pemimpin Palestin mahu Dr M jadi orang tengah . Antara petikan dalam artikel berkenaan ialah Tun telah di jemput wakil pemimpin Palestin sebagai orang tengah dalam usaha meredakan ketegangan politik serta membantu menyelesaikan konflik kepimpinan di Palestin. Hasrat wakil Pemimpin Palestin ini telah di sampaikan oleh Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim di Yayasan Al-Bukhary, semalam.Hasrat wakil kepimpinan Palestin ini memilih Tun kerana Pengalaman serta daya kepemimpinan Dr Mahathir membuatkan rakyat Palestin yakin Pengerusi Pertubuhan Keamanan Global Perdana (PGPO) itu individu paling sesuai bagi membantu meringankan beban serta mencari jalan penyelesaian konflik yang berlarutan sejak puluhan tahun lalu. Untuk baca artikel penuh sila Klik di sini.

p/s : Laksamana amat kagun dengan Tun Dr .Mahathir Mohamad  walaupun sudah berusia lanjut tetapi kepimpinan dan cetusan idea beliau amat di perlukan dan di hormati seluruh negara,sahabat mahupun musuh beliau.

0 ulasan:

Catat Ulasan