Sabtu, 28 Ogos 2010

Home » , , , , » Persoalan Tidak Menutup Aurat Terjawab

Persoalan Tidak Menutup Aurat Terjawab

Asalamulaikum...Adakah anda masih ingat mengenai topik Laksamana buat 2, 3 hari lepas mengenai "Tidak Menutup Aurat Di Rumah ALLAH" apa tak tau haa Klik Kat sini ya kalau nak baca..kalau dah baca teruskan baca pendedahan hukum bagi orang bukan islam atau erti kata lain kapir la..bukan Tapir tau  yang memasuki ruang solat sesebuah rumah ALLAH adalah Haram...Tak Percaya!!! baiklah cuba baca kat bawah ni..Sumber dari Utusan dengan Topik "Tindakan tegas Jemput bukan Islam – JAIS"


SHAH ALAM 26 OgosJabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan mengambil tindakan tegas terhadap Jawatankuasa Surau Al-Huda, Kajang Sentral sekiranya didapati benar mengundang ahli politik daripada kalangan bukan Islam untuk mengadakan majlis serta menyampaikan ceramah dalam dewan solat surau berkenaan, 22 Ogos lalu.

Pengarahnya, Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, amaran itu diberikan kerana tindakan membenarkan orang bukan Islam sama ada ahli politik dan sebagainya memasuki ruang solat adalah tidak dibenarkan sama sekali dan menyalahi dari segi hukum.

Ia kerana katanya, orang bukan Islam tidak dibenarkan memasuki dalam masjid dan surau apatah lagi di ruang solat utama kerana mereka dikategorikan seperti wanita yang didatangi haid.

“Orang bukan Islam adalah dilarang memasuki ruang solat kerana mereka ini dalam berkeadaan hadas besar apatah lagi berada di bahagian imam dan menyampaikan ucapan kepada umat Islam di dalamnya.

“Oleh itu, kita akan mendapatkan laporan dan penjelasan daripada nazir serta jawatankuasa surau berkenaan mengenai perkara ini. Jika dakwaan ini benar, kita akan memaklumkan kepada pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan tindakan tegas akan diambil,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah laman blog, http://anginperubahan.blogspot.com yang mendakwa Ahli Parlimen Serdang daripada DAP, Teo Nie Ching memasuki ruang solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral dalam satu majlis penyampaian bantuan kepada ahli-ahli Pas, Ahad lalu.

Laman blog itu turut menyiarkan gambar Nie Ching dalam keadaan tidak bertudung dan hanya memakai kebaya pendek sambil berdiri di bahagian imam ruang solat surau berkenaan.

Dalam pada itu, Mohammed Khusrin menyatakan orang bukan Islam hanya boleh melawat kawasan masjid atau surau tetapi tidak boleh memasuki ruang solat rumah ibadat berkenaan.

“Jika benar akan keadaan ini berlaku, seharusnya nazir atau jawatankuasa surau terbabit sepatutnya sudah maklum akan larangan ini termasuklah larangan berpolitik di dalam masjid.

“JAIS, MAIS telah banyak kali menegaskan akan larangan menggunakan masjid dan surau untuk tujuan politik apatah lagi dengan menjemput orang kafir untuk mengadakan majlis dalam ruang solat.

“Jika mereka nak adakan majlis, mereka boleh mengadakan majlis sama ada pemberian bantuan atau sebagainya di luar masjid atau surau, bukannya di dalam rumah ibadat ini,” tegasnya

Sementara itu blog Nie Ching (http://www.wretch.cc/blog/teonieching) telah menyiarkan berita mengenai kunjungan beliau ke Surau al-Huda Kajang Sentral pada 22 Ogos lalu.

Isu Larangan berpolitik di rumah ALLAH ini walaupun telah berkali- kali di larang tapi masih ada yang masih berdegil dan tidak reti bahasa.Isu ini telah menyebabkan Sultan Selangor Murka dan baginda menitahkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melakukan siasatan serta mengambil tindakan segera terhadap pengurusan surau yang terlibat. Ikuti dalam Utusan.
Sultan Selangor murka
Oleh AZIAN AZIZ
pengarang@utusan.com.my

SHAH ALAM 27 Ogos - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah murka dan dukacita dengan tindakan Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching menyampaikan sumbangan dan 'tazkirah' di ruang solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral, Ahad lalu.

Sehubungan itu, baginda menitahkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melakukan siasatan serta mengambil tindakan segera terhadap pengurusan surau yang terlibat.

Pengerusi MAIS, Datuk Mohamad Adzib Mohd. Isa berkata, selepas siasatan dibuat, pihaknya membuat keputusan untuk mengambil alih Surau Al-Huda dan menguruskan pentadbiran surau itu serta-merta.

Ia kerana kata beliau, situasi berkenaan jelas bertentangan titah baginda yang mahu kesucian surau dan masjid dipelihara.

Selain itu, menurut Mohamad Adzib, MAIS juga akan mengeluarkan surat amaran kepada Nie Ching.

''MAIS telah memanggil pengurusan Surau Al-Huda hari ini untuk menjelaskan isu tersebut.

''Selepas meneliti penjelasan daripada pihak terbabit, MAIS mendapati bahawa ucapan oleh wakil rakyat itu di dalam dewan solat surau, berlaku seperti dilaporkan.

''MAIS memandang serius isu ini memandangkan ia adalah kes kedua seumpamanya yang membabitkan ahli politik dan orang bukan Islam memberikan ucapan di dalam masjid atau surau di Selangor," kata beliau dalam kenyataan di sini petang ini.

Pada Ogos 2009, Exco Selangor, Dr. Xavier Jayakumar, berucap dalam satu majlis berbuka puasa di dewan utama Masjid Taman Sri Andalas sehingga menimbulkan perasaan kurang senang di kalangan Islam.

Sehubungan itu, Mohamad Adzib mengingatkan mana-mana wakil rakyat bukan Islam untuk tidak mengulangi perbuatan yang sama serta menggesa supaya semua pihak termasuk parti politik agar lebih sensitif dengan perasaan umat Islam.

Mereka juga, kata beliau, hendaklah menjunjung titah perintah Sultan Selangor bagi menjaga kesucian institusi masjid dan surau di Selangor.

1 ulasan: