Selasa, 24 Ogos 2010

Home » , , » Mercun Membawa Padah ~ siri 2

Mercun Membawa Padah ~ siri 2

Sambungan pada penulisan sebelum ini iaitu Mercun Membawa Padah, Kalau terlepas nak baca yang sebelumnya Klik sini Kali ini Laksamana nak Kongsikan gambar-gambar di tempat kejadian..Jom Layan...





Di atas pokok ini lah mangsa tercapak
Motosikal Pun Boleh Hancur
Kesan Letupan dari mercum
Kesan Letupan dari mercum
Separuh Rumah Berkenaan Hancur

p/s: lokasi kejadian dekat dengan rumah kawan Laksamana...Dikatakan rumah di hadapan rumahnya turut merasa kesan dari letupan berkenaan sehinggakan cermin tingkap pecah...

Manakaa Keratan dari Kosmo hari ini dengan Topik

Maut mercun buatan bapa


AYUB (kanan) dan isteri, Kamariah hadir pada pengebumian anak mereka, Khairul Ariff di tanah perkuburan Kampung Makam Lama semalam. 
 
KUALA TERENGGANU – Letupan besar yang meragut nyawa, Khairul Ariff Ayub (gambar), 6, di Kampung Makam Lama, Chabang Tiga dekat sini kelmarin dipercayai berlaku kerana dua lelaki yang cedera itu sedang menyediakan mercun bagi memeriahkan malam raya Aidilfitri bulan depan.

Seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, bagi memeriahkan sambutan hari raya, dua mangsa lelaki yang cedera itu semasa kejadian didakwa sedang mengisi belerang ke dalam sebuah tong gas peti sejuk.

Mereka juga ketika itu dikatakan merancang untuk membuat mercun yang mampu mengeluarkan bunyi yang kuat dengan memasukkan belerang ke dalam satu bekas.

“Mercun-mercun yang dibuat sendiri itu mahu diletupkan pada malam raya nanti.“Mereka mengharapkan letupan itu boleh didengari sehingga beberapa kilometer,” kata penduduk itu.

0 ulasan:

Catat Ulasan