Jumaat, 27 Ogos 2010

Home » , » Buffered Earnings,Metered Earnings,Campaigns

Buffered Earnings,Metered Earnings,Campaigns

Buffered Earnings,Metered Earnings,Campaigns atau dalam bahasa melayu yang tercinta ialah Pendapatan Terumpuk,Pendapatan Meter dan Kempen. Ketiga-tiga perkataan tidak asing lagi NuFFnanger dan penulis blogs yang mengunakan medium pengiklanan  Nuffnang yang semakin hari mendapat tempat di hati penulis blogs di malaysia. Pada kali ini Laksamana nak menerangkan Buffered Earnings,Metered Earnings,Campaigns kepada mereka yang masih baru ,mengenal 3 perkataan ini kepada mereka yang sudah tahu nakbaca ker atau nak bagi pendapat,nasihat dan tunjuk ajar pun boleh di ruangan komen,,bagi la sebanyak mungkin..kekkeke.


Pendapatan Terumpuk /Buffered Earnings,
  • Pengiklan akan membeli sejumlah set bilangan pengunjung unik daripada blog anda untuk memaparkan iklan mereka dalam tempoh minggu tertentu.
  • Jumlah pendapatan yang anda perolehi akan disimpan sebagai Pendapatan Terumpuk sementara kempen itu berjalan sehingga ia mencapai bilangan unik yang dibeli pengiklan daripada blog anda. Setelah blog anda selesai memberikan jumlah unik yang dikehendaki, pendapatan anda akan dikredit masuk ke dalam Pendapatan Semasa anda.
  • Bagaimana nak dapatkan atau ciri-ciri blogs  untuk Mendapatkan Pendapatan Terumpuk /Buffered Earnings ini ,ok untuk penjelasan ini Laksamana cadangkan anda masuk ke blogs lanunsepet.blogspot dimana di di blogs beliau terdapat perbincangan yang panjang lebar mengenai Pendapatan Terumpuk /Buffered Earnings ini.
Pendapatan Meter /Metered Earnings,
  • Pendapatan ini amat berkait rapat dengan Pendapatan Terumpuk /Buffered Earnings dimana selepas kempen tamat pendapatan ini kan di kreditkan dalam Pendapatan Meter /Metered Earnings
Kempen /Campaigns
  • Pendapatan anda diperoleh berdasarkan setiap bilangan klik unik oleh pengunjung unik anda terhadap unit iklan yang memaparkan kempen iklan CPC.
  • Pendapatan anda akan dikredit ke dalam akaun selepas 7 hari kempen CPC tamat iaitu pada hari selasa. Kempen CPC akan tamat apabila ia telah mencapai sasaran maksimum bilangan klik.
  • Sekiranya blog anda memaparkan iklan CPC tetapi tidak mendapat sebarang klik, maka tiada pendapatan akan diberikan.

p/s.: Nasihat laksaman untuk para pembaca sekalian untuk mendapatkan pendapatan-pendapatan di atas ialah 3 kunci atau cara sahaja iaitu Menghasilkan seberapa banyak penulisan, Membuat Ulasan atau komen Di ruangan Komen blogs orang lain, dan membuat Blowalking dengan ketiga-tiga cara ini akan meningkatkan trafik ke blogs anda dan mudahlah anda mendapat iklan dari di tawarkan oleh NUffnang dan Pengiklan

5 ulasan: