Jumaat, 27 Ogos 2010

Home » , , , » Namewee Kurang Ajar Lagi

Namewee Kurang Ajar Lagi

Asalamulaikum...Ini Topik laksamana mengenai seorang mamat ni yang tidak serik-serik membuat kerja bodoh + jahanan = pendehaka Negara. Kali ni Namewee atau nama penuh nya Wee Meng Cheng  berasal dari Muar,Johor bertindak Kurang Ajar lagi dengan menghasilkan lagu bersifat Racis atau perkauman...BIla la Kerajaan Malaysia yang lambat lagi lembab ni nak bertindak terhadap mamat ni....Mamat ni dah banyak buat hal..tentu pembaca ingat mengenai isu lagu Negarakuku dan FUCK TNB MALAYSIA dan yang terbaru lagu yang di hasilkan matlaun ni FUCK Racism Malaysia NAH!!! Sucks Banana! .. Cuba pembaca dengan lagu yang di buat MAtlaun ni..

Ha..apa pendapat anda,,adakah kita perlu berdian diri,,,tengok-tengok,atau buat der jek......Laksamana berharap pihak yang berwajib dan berkenaan dapat mengherat mamat pencacai ni ke lokap tak pun sumbat dalam ISA...Kalau tak mau pun Tarik kerakyatan mamat nii...tapi Laksamana rasa kerajaan tak akan buat macam tu 1 malaysia katakan..1 malaysia apa kalau mamat ni masih berluas-luasa,ikut suka hati menyemaratkan sifat perkauman,,Buat undang-undang bukan main nak laksana uuuuuuuuuu takut,,baik tak perlu ada undang-undang.

siapakah gerangan Siti tu yang di sebut mamat pencacai ni !!Laksamana nak pembaca  lawati KISAH SEBENAR PENGETUA RASIS!!! di laman KERIS PUTRA

Ini laksamana tunjukan petikan dari Berita Harian Online 

Puteri UMNO desak kerajaan bertindak tegas terhadap Namewee ~2010/08/27
KUALA LUMPUR: Puteri UMNO mendesak kerajaan bertindak tegas terhadap seorang pemuda dari Muar Johor, Wee Meng Cheng atau dikenali sebagai Namewee kerana mengulangi perbuatan yang dianggap biadap, kali ini dengan menerbitkan klip video yang boleh menyemarakkan api perkauman.

Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Rashid Shirlin, berkata klip video terbaru Namewee yang disifatkan berbaur perkauman dengan merujuk kepada kes seorang guru yang dikatakan membuat kenyataan berbaur perkauman.Dalam satu kenyataan hari ini Rosnah berkata dalam klip video itu Namewee antara lain mencerca guru berkenaan serta menyebut Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai kurang ajar.
Beliau berkata, selain itu Namewee dalam klip video yang disiarkan dalam laman web Youtube, berulang kali menunjuk isyarat lucah serta baris perkataan tidak senonoh.

"Puteri UMNO mendesak kerajaan bertindak tegas kerana anak muda itu ternyata tidak mempunyai rasa hormat jauh sekali mempunyai tanggungjawab terhadap tanah air sendiri," katanya.

Rosnah berkata, Namewee adalah lambang generasi muda yang tidak tahu menghargai erti kemerdekaan dan perpaduan kaum yang dinikmati oleh rakyat negara ini.

"Adalah wajar tindakan tegas dikenakan terhadapnya supaya menjadi pengajaran kepada semua pihak bahawa isu perkauman bukanlah bahan mainan yang boleh dicarut dan disebarluaskan menerusi internet," katanya.Beliau berkata, isu guru yang didakwa mengeluarkan perkataan berbaur perkauman sedang disiasat oleh pihak berkenaan dan adalah tidak wajar guru berkenaan dicerca melalui klip video itu. - BERNAMA

p/s: Menyeru semua penulis blogs membuat artikel tentang Namewee dan mengutuk tindakan mamat pencacai ni agar di kenakan tindakan undang-undang,dan Laksamana Nak mamat ni duk dalam penjara ISA...Baru Puas hati..Laksamana berdoa agar Puan Hajah Siti dapat mengharungi rintangan ini dengan tabah..Dan mereka yang bersalah membuat cerita dan tuduhan salah di bawa ke mungka keadilan dan menerima hukuman sewajarnya.

4 ulasan:

  1. zzzz..xabis lg apek ni wat hal..rase mcm setuju je dgn guru besar tu..memandangkan ni pn tempat umum, ye la komuniti blog kan..xleh la nk ckp lebih2/bnyk2..nak ikut kan si apek l*h*n*t ni pn racism jugak..ni kan TANAH MELAYU..SO WHAT???

    BalasPadam
  2. Ni la dia,.. same je sbenanye, melayu ke cina.. dua-dua racist.. boleh ta for once kite label diri kita as Malaysian. kite pun same nak suruh2 die balek cina kenapa? saya tak salahkan sape-sape. tapi mentaliti kita sendiri kene jaga. perkara sensitif mcm ni, kalo disimbah minyak, makin marakla api die. kerajaan tahula na buat ape, sbb they all mmg na secure negara drpd porak peranda.. kite beblogging biar berpada, jangan ikut hati k. Semoga Allah selamatkan negara tercinta kita. dah nak 53 tahun merdeka dah.

    p's : saudara Islam kita terdiri daripada pelbagai bangsa. Ingat tu. Kite sembah tuhan yang sama. Jangan ada nanti berbunuh sesama Islam

    BalasPadam
  3. ntah ape je yg dia pikir an...
    dasar tak sedar diri punya apek lah..
    haih....negara dah merdeka, dia tak merdeka2 lagi...kesian la hai...

    BalasPadam
  4. Salam...bagus blog ni, byk info terkini. Ni mama singgah je...nnt ada masa mama dtg lg.

    BalasPadam